Kelas Bahasa Melayu Tahun 8
2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman, blog ini masih aktif walaupun tidak ada sebarang update dilakukan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk menghantarnya dengan menekan link ini tanya Cikgu Lynn
[14] PEPERIKSAAN SPE 2015
Hari Isnin :
26/10/2015
(Kertas 1) - 2 jam
(Kertas 2) - 2 jam
Topik penting dalam tatabahasa: Ayat Aktif dan Ayat Pasif + Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Jangan lupa untuk fokus mengulangkaji pelajaran, belajar dengan gigih.
Selamat Maju Jaya!
-------------------------------------------------------------------------------------
ANTARA PANDUAN YANG BOLEH DIGUNAKAN:
KERTAS 1
Bahagian A - Karangan
- Baca soalan dengan teliti. Jawab soalan yang benar-benar boleh kamu huraikan isinya.
- Jumlah perkataan- sekurang-kurangya 180 patah perkataan, dan boleh lebih (tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
-Perenggan- 4 ke 5 perenggan, iaitu:
1 Perenggan- Pendahuluan,
3/4 Perenggan- Isi+huraian+contoh,
1 Perenggan - Penutup.
- Huraian mesti jelas dan padat. Gunakan ayat yang mudah difahami. Gunakan penanda wacana (selain itu, seterusnya, tambahan pula dan sebagainya).
- Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah ditolak.
- Tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
- Pemarkahan : akan ditentukan mengikut skim pemarkahan dari pihak MOE.
Bahagian B - Surat Kiriman / karangan pendek.

- Jumlah perkataan - sekurang-kurangnya 100 patah perkataan (untuk surat kiriman rasmi/tidak rasmi dan karangan pendek).
- Untuk surat kiriman: kenal pasti format surat yang hendak digunakan (sama ada rasmi atau tidak rasmi).
- Untuk karangan pendek: Jika karangan tersebut berjenis berita, pelajar hendaklah menulis karangan dengan menggunakan cara penulisan format berita, begitu juga jika ia karangan jenis laporan/syarahan dan sebagainya.- sila rujuk dalam buku nota atau internet tentang format-format penulisan karangan tersebut.
- Penggunaan kata ganti nama:
Untuk surat tidak rasmi bolehlah menggunakan 'saya', 'saudari/saudara', 'nenekanda/ayahanda/bonda' [surat ini berbentuk informal - untuk sahabat, keluarga dan sebagainya].
Untuk surat rasmi, penggunaan bahasa perlu sopan, contohnya 'saya', 'Tuan/Puan'. Jangan menggunakan kata ganti nama 'Aku', 'Kamu', 'Awak'.

Bahagian C - Rumusan
Contohnya berbentuk carta atau gambar.
- Jelaskan apa isi tersurat dahulu (apa yang pelajar nampak dalam carta/gambar).
- Kemudian jelaskan tentang isi tersirat (reasoning - why? - isi untuk ini perlu pelajar pikirkan sendiri - tidak ada dalam carta/gambar).
untuk rumusan berbentuk gambar - Cuba untuk bertanya kepada diri sendiri 'gambar ini tentang apa?', 'apa yang hendak diberitahu oleh gambar ini?', 'apakah kebaikan/keburukan yang terdapat dalam gambar?'. Pelajar boleh memberikan isi/pendapat sendiri asalkan ia berkaitan dengan gambar rumusan yang pelajar jawab.
- Panjang hendaklah antara 75 ke 85 patah perkataan sahaja. Tulis dalam 1 Perenggan sahaja.

KERTAS 2
Bahagian A - Kefahaman dan Pelajaran Jawi.
- Majoriti jawapan untuk soalan kefahaman ada dalam petikan, kecuali yang memerlukan jawapan untuk pendapat pelajar sendiri.
- Jawab dengan ayat lengkap.
- Untuk soalan memberi maksud perkataan, gunakan perkataan yang kamu fahami/gunakan kata sinonim. Jika tidak faham perkataan yang diberikan, baca semula perenggan yang mengandungi perkataan tersebut.
- Untuk pelajaran jawi : Pelajar hendaklah memilih untuk menjawab sama ada A atau B, dan soalan C adalah WAJIB dijawab.
Bahagian B - Ringkasan.
- Baca petikan dengan teliti, dan fahami 'petikan ini tentang apa?'. Dalam soalan Peperiksaan SPE, tidak ada arahan tertentu (there is no specific 'direction' tentang apa yang perlu pelajar buat/cari).
Jika kebanyakan isi di dalamnya tentang 'faktor', atau 'kebaikan' dan sebagainya.. rumuskan sahaja tentang 'faktor sesuatu', atau 'kebaikan sesuatu' itu. Cari kata kunci/ key word nya.
- Kebiasaannya, isi-isi penting terletak dalam baris pertama setiap perenggan. Tetapi ada juga yang terletak di baris pertengahan atau baris akhir perenggan.
- Sekurang-kurangnya ada 1/2 isi dalam setiap perenggan, kecuali jika perenggan itu panjang (mungkin ada 2/3 isi penting).
- Setelah pelajar mendapat isi-isi penting, cuba kira dahulu patah perkataannya (jumlah maksimum ialah 70-75 patah perkataan. Jika lebih, markah akan dipotong = ikut arahan soalan).
- Sekiranya jumlah tidak melebihi dari yang dibenarkan, barulah menulis isi-isi penting tersebut sebagai 'final answer'/ jawapan akhir. *Sekurang-kurangnya cuba cari 5-6 isi penting.
- Gunakan penanda wacana dan kata hubung (dan, serta, lalu) untuk menghubungkan isi-isi penting.

- Pemarkahan akhir : akan ditentukan mengikut skim pemarkahan dari pihak MOE (dari segi pemotongan markah dan sebagainya).
Bahagian C - Tatabahasa
- Soalan MCQ (contoh soalan mungkin seperti kata nama, kata seru, kata ganti nama, imbuhan, kata ganda, kata kerja dan sebagainya).
- Soalan Imbuhan (kebiasaannya ketiga-tiga jenis imbuhan akan diberikan; awalan, apitan dan akhiran),
- Soalan menukarkan ayat aktif dan ayat pasif *Penting!
- Soalan menukarkan cakap ajuk dan cakap pindah *
Bahagian D - Peribahasa dan Perambahan Brunei.
- 6 soalan MCQ kebiasaannya diambil dari Peribahasa (mengandungi simpulan bahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan).
- 2 soalan subjektif pula kebiasaannya adalah diambil dari Perambahan Brunei (dan dalam kes jarang-jarang berlaku, ada juga diambil dari Peribahasa).
- Cuba untuk mengulangkaji nota-nota tahun 7 hingga tahun 8. Fahami ertinya.
** Di atas adalah sedikit sebanyak panduan untuk pelajar berkenaan kertas peperiksaan. Kebanyakan nota pelajar ada dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 8. Selain itu pelajar juga boleh merujuk dalam internet untuk nota-nota tertentu.
*** Info tentang Imbuhan (bila atau bagaimana sesuatu imbuhan itu digunakan), sila rujuk web ini: Menggunakan Imbuhan

[13] MAKLUMAN TERKINI 28/8/2015
Kepada pelajar-pelajar sekalian, sila pergi ke link di bawah untuk melihat maklumat terkini berkaitan topik ulangkaji Peperiksaan Percubaan - Ogos 2015 (Terutamanya untuk BAHAGIAN C dan BAHAGIAN D). Terima kasih.
http://bmt8.blogspot.com/2015/07/10-topik-ulangkaji-untuk-peperiksaan.html
#NOTA PELAJARAN juga telah dikemaskini. Sila view blog ini dalam bentuk Web Version, cari menu bar 'NOTA' dan klik.

- Untuk nota tambahan, sila lakukan pencarian di Internet.
[12] *PENTING! - TEKNIK MENUKARKAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada para pelajar. Di sini ada cikgu lampirkan nota tambahan teknik/cara menukarkan ayat aktif dan ayat pasif. Sila rujuk Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 8 m.s: 264-265.
[11] UJIAN LISAN BAHASA MELAYU - OGOS 2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelajar-pelajar sekalian.
Beikut adalah jadual bagi Ujian Lisan Bahasa Melayu bagi Tahun 8 yang akan diadakan tidak lama lagi.
No giliran adalah mengikut senarai nama dalam 'register list'.
11-8-2015 (Selasa)
Kesemua pelajar lelaki T8R & TY8B
12-8-2-15 (Rabu)
Kesemua pelajar perempuan T8R & T8B
13-8-2015 (Khamis)
Kesemua pelajar lelaki T8G & T8Y
17-8-2015 (Isnin)
Kesemua pelajar perempuan T8G & T8Y
---------------------------------
Jam: 1:00 hingga 4:00 petang.
Tempat: Perpustakaan sekolah.
----------------------------------
Diharapkan agar semua pelajar bersedia untuk ujian ini.
Sekian untuk makluman,
(Cg.Linn)

[10] TOPIK ULANGKAJI UNTUK PEPERIKSAAN PERCUBAAN - OGOS 2015
BAHASA MELAYU TAHUN 8 - KERTAS I
Masa : 2 JAM
Markah keseluruhan : 100
Markah keseluruhan : 100
Arahan soalan: Jawab 3 soalan sahaja; SATU daripada Bahagian A, SATU daripada Bahagian B, dan SATU daripada Bahagian C.
BAHAGIAN A (40 Markah) - KARANGAN
Pilih satu tajuk daripada tajuk-tajuk karangan yang diberikan; panjangnya tidak kurang 180 patah perkataan.
- Karangan menyambung cerita/Karangan jenis pengalaman/Karangan jenis pendapat/Karangan jenis gambaran dan sebagainya.
BAHAGIAN B (30 Markah) - KARANGAN BERFORMAT
Pilih satu tajuk daripada tajuk-tajuk yang diberikan; panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan.
- Surat Kiriman Rasmi/Surat Kiriman Tidak Rasmi/Karangan Pendek
BAHAGIAN C (30 Markah) - RUMUSAN
Pilih SATU sahaja. Panjang huraian rumusan hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan.
- Rumusan berbentuk gambar/ Berbentuk carta
----------------------------------------------------------------------------
BAHASA MELAYU TAHUN 8 - KERTAS II
Masa : 2 JAM
Markah keseluruhan : 100
BAHAGIAN A (35 Markah)
Soalan A1 - Fahaman berbentuk dialog.
Soalan A2 - Fahaman + Beri maksud perkataan.
- Soalan Pelajaran Jawi - Jawab sama ada soalan (a) ATAU (b), DAN soalan (c).
Soalan A (Tukar petikan ke dalam tulisan JAWI),
Soalan B (Tukar petikan ke dalam tulisan RUMI),
Soalan C (Isikan tempat kosong) - Jawapan disediakan dalam kotak.
BAHAGIAN B (20 Markah) - RUMUSAN
Buat satu ringkasan yang panjangnya kira-kira 70 patah perkataan sahaja.
BAHAGIAN C (35 Markah) - TATABAHASA
MCQ - 10 soalan (kata seru, kata ganti nama, kata majmuk, kata ganda, imbuhan).
Soalan petikan pendek - imbuhan.
Ayat Aktif dan Ayat Pasif.
Ayat Majmuk.
BAHAGIAN D (10 Markah) - PERIBAHASA
MCQ - 6 soalan
Perambahan Brunei - 2 soalan
Peribahasa - 2 soalan
[UPDATE!! ]

Disebabkan ramai pelajar yang tidak menulis tarikh sewaktu kelas Pengetahuan Bahasa diadakan, di sini cikgu berikan link nota-nota Peribahasa & Perambahan Brunei yang berkaitan. Daripada kesemua contoh-contoh (Link) tersebut, hanya 10 akan dikeluarkan. Selamat Maju Jaya :)
- Link 1
- Link 2
- Link 3
- Link 4
- Link 5
- Link 6[9] SAMBUNGAN NOTA
STATUS (Dikemas kini 1-6-2015, Isnin)
Bagi memudahkan pelajar (yang tidak hadir ke sekolah, yang tidak ada nota, ketika kelas ditangguhkan disebabkan ada acara sekolah atau hal lainnya), link untuk nota pelajaran sejak dari awal Penggal Kedua Persekolahan bermula (kecuali nota yang berpandukan / diambil dari Buku Teks Tahun 8) + nota tambahan ada dilampirkan di sini. Sila tekan tajuk/link tersebut untuk memuat turun nota berkenaan.
Bagi yang tidak disertakan link, pelajar bolehlah merujuk Buku Teks Tahun 8 atau dengan melayari internet bagi nota tambahan.
Jika pelajar melayari blog ini dengan menggunakan telefon bimbit, sila 'view web version'.
Bagi memudahkan pelajar (yang tidak hadir ke sekolah, yang tidak ada nota, ketika kelas ditangguhkan disebabkan ada acara sekolah atau hal lainnya), link untuk nota pelajaran sejak dari awal Penggal Kedua Persekolahan bermula (kecuali nota yang berpandukan / diambil dari Buku Teks Tahun 8) + nota tambahan ada dilampirkan di sini. Sila tekan tajuk/link tersebut untuk memuat turun nota berkenaan.
Bagi yang tidak disertakan link, pelajar bolehlah merujuk Buku Teks Tahun 8 atau dengan melayari internet bagi nota tambahan.
* Sila semak ejaan dalam nota berkenaan. Sekiranya ada kesilapan yang berpunca daripada 'typing error', tolong perbetulkan.
Nota Penggal Kedua Persekolahan
17) Karangan Jenis Laporan [17-3-2015, Selasa]
18) Kata Sendi Nama [21-3-2015, Sabtu]
19) Karangan Jenis Berita [24-3-2015, Selasa]
20) Peribahasa [25-3-2015, Rabu]
21) Karangan Jenis Fakta [14-4-2015]
22) Bidalan [15-4-2015]
23) Kata Bilangan ( Rujuk Buku Teks Tahun 8, m.s:131-132) & Kata Penguat (Buku Teks, m.s: 144) [18-4-2015, Sabtu]
24) Imbuhan Awalan dan Akhiran (Buku Teks m.s: 160-162) [23-4-2015, Khamis]
25) Karangan Jenis Perbincangan [25-4-2015, Sabtu]
26) Imbuhan Apitan dan Sisipan (Rujuk Buku Teks m.s 224-225) [30-4-2015, Khamis]
27) Jenis-Jenis Ayat (Rujuk Buku Teks m.s: 234-235) [7-5-2015, Khamis]
28) Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Buku Teks m.s: 264-265) [14-5-2015, Khamis]
Subscribe to:
Posts (Atom)