[STATUS : DITUTUP]
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada semua pelajar.
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada semua pelajar.
Seperti
yang tertera pada tajuk di atas, cikgu ingin memaklumkan tentang
peraduan menulis rencana sempena Hari Air Sedunia 2015 (yang disambut
pada 22 Mac setiap tahun).
Tujuan
peraduan adalah untuk menyemai dan mencungkil bakat-bakat penulisan
dalam kalangan penuntut, serta memberikan kesedaran kepada mereka
tentang kepentingan untuk berjimat dalam penggunaan air. Sehubungan
dengan itu, pihak penganjur (Jabatan Kerja Raya, melalui Jabatan
Perkhidmatan Air) menjemput pelajar sekolah menengah di seluruh negara
untuk menyertainya mengikut kategori masing-masing:
KATEGORI A (Penuntut Tahun 7 - 8)
- Pemenang Pertama : Wang Tunai BND 250
- Pemenang Kedua : Wang Tunai BND150
- Pemenang Ketiga : Wang Tunai BND 100
Panjang Karangan
300 - 400 patah perkataan
Syarat dan Peraturan
- Terbuka kepada penuntut yang terdiri daripada Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Penuntut Tahun 7 hingga Tahun 11 bagi Sekolah Menengah seluruh Negara.
- Peraduan ini dibukakan mengikut katergori seperti di bawah:
KATEGORI B (Penuntut Tahun 9 - 11) : 400 - 500 patah perkataan
- Setiap peserta hanya dibenarkan untuk mengemukakan SATU (1) BUAH RENCANA sahaja, dan belum pernah tersiar dalam media masa atau media elektronik baik di dalam atau di luar negara (Rencana penuntut hendaklah hasil karya sendiri, bukan hasil tulisan orang lain).
- Pilihan tajuk adalah seperti berikut:
- "Air dan Pembangunan Mapan"
- "Jimat Air Amalan Mulia"
- Isi rencana hendalah bersifat umum, dan tidak bertentangan dengan dasar Kerajaan KDYMM dan tidak bertentangan dengan falsafah Melayu Islam Beraja.
- Cara Penulisan:
- Ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja (dengan ejaan yang betul dan terkini).
- Ditaip menggunakan komputer, dengan jarak langkau (line and paragraph spacing) 1.5 - tidak termasuk petikan dan nota kaki / footer, berserta font size 11 (Arial), dan menggunakan kertas A4.
- Jika penuntut memasukkan ayat/sedikit petikan dari tulisan orang lain, hendaklah dinyatakan nama penulis tersebut.
- Rencana hendaklah dihantar dalam TIGA (3) salinan sahaja termasuk salinan asal.
- Rencana yang dihantar untuk peraduan adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan kepada mana-mana organisasi atau agensi lain sebelum atau selepas keputusan peraduan diumumkan (hasil tulisan penuntut adalah menjadi hak milik pihak penganjur).
- Jawatankuasa Peraduan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan semasa rencana penuntut dalam pengiriman.
- Panel hakim yang berkelayakan akan dilantik, dan keputusan adalah muktamad.
- Pihak penganjur berhak menarik balik hadiah yang telah dimenangi jika didapati pemenang melanggar syarat dan peraturan.
- Keputusan peraduan dan sesi penyampaian hadiah akan dimaklumkan kemudian pada Majlis Air Sedunia 2015 dalam bulan Mei 2015.
Tarikh akhir menghantar rencana kamu kepada cikgu adalah pada 16 April 2015 (Khamis).
*
Sila pastikan kamu menulis nama, tahun dan nama sekolah dalam kertas
rencana yang dihantar. Pastikan juga ejaan adalah betul :)
Sekian untuk makluman semua.
Cg.Linn (Publish 14/4/2015)
No comments:
Post a Comment