Baca petikan
di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah membaca, dengan sekurang-kurangnya 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud petikan.
Membaca adalah satu amalan yang terpuji dan patut dijadikan amalan
setiap orang. Banyak faedah yang akan diperolehi jika seseorang itu mengisi
masa lapangnya dengan membaca. Bahan-bahan bacaan banyak terdapat di negara
kita seperti akhbar, majalah, buku dan lain-lain lagi. Di dalamnya termuat
pelbagai maklumat mengenai hal-hal yang wujud dan yang berlaku di seluruh
dunia. Jadi dengan membacanya pengetahuan kita akan bertambah. Kita dapat
mengetahui perihal satu-satu bangsa, istiadat, sejarah, kepercayaan, kebudayaan
dan berbagai lagi. Dengan cara ini, persefahaman kita dengan kaum yang lain
dapat dijalin dengan baik.
Di samping menambah pengetahuan, kita juga dapat mengikuti perkembangan dan kejadian yang berlaku di dalam dan luar negeri. Melalui bacaan surat khabar dan majalah kita dapat mengetahui pergolakan yang berlaku di negara lain seperti peperangan, pemogokan, tunjuk perasaan dan lain-lain. Kita dapat membandingkannya dengan negara kita. Dengan itu kita menjadi insaf dan sedar bahawa kita semua sangat beruntung kerana negara kita sentiasa aman dan tidak bergolak.
Selain daripada itu, kita juga dapat mengetahui perkembangan dan
kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam bidang sains dan kita dapat
mengetahui hasil ciptaan mereka, dan bagaimana mereka dapat menyelesaikan
masalah ekonomi negara. pengetahuan ini mungkin berguna kepada kita. Mana-mana
yang sesuai untuk kemajuan dan kesejahteraan negara kita bolehlah kita contohi
dan pelajari.
Sesebuah negara yang rakyatnya banyak membaca akan bangkit menjadi
negara yang cepat maju, kerana daripada pembacaan itu mereka sentiasa dapat
ilmu-ilmu baru. Dengan ilmu itu dapatlah mereka membuat perubahan ke arah
kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang seperti pelajaran, pembangunan,
ekonomi, sosial, kebudayaan dan berbagai lagi. Negara akan beruntung jika
mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan lagi progresif. Jadikanlah membaca
sebagai suatu amalan hidup.
--------------------------------------------------------------
CONTOH CARA MENJAWAB:
Baca dan Fahami. Ringkasan perlu berkaitan dengan tajuk, iaitu Faedah Membaca.
1. CARI ISI PENTING DALAM SETIAP PERENGGAN (GARISKAN/BERI NOMBOR) - Dalam setiap perenggan ada 1/2 isi penting sahaja. Selebihnya hanya huraian (contoh).
(1) Membaca adalah satu amalan yang terpuji dan patut dijadikan amalan setiap orang. (2) Banyak faedah yang akan diperolehi jika seseorang itu mengisi masa lapangnya dengan membaca. Bahan-bahan bacaan banyak terdapat di negara kita seperti akhbar, majalah, buku dan lain-lain lagi. Di dalamnya termuat pelbagai maklumat mengenai hal-hal yang wujud dan yang berlaku di seluruh dunia. Jadi dengan membacanya pengetahuan kita akan bertambah. Kita dapat mengetahui perihal satu-satu bangsa, istiadat, sejarah, kepercayaan, kebudayaan dan berbagai lagi. Dengan cara ini, persefahaman kita dengan kaum yang lain dapat dijalin dengan baik.
Di samping menambah pengetahuan, (3) kita juga dapat mengikuti perkembangan dan kejadian yang berlaku di dalam dan luar negeri. Melalui bacaan surat khabar dan majalah kita dapat mengetahui pergolakan yang berlaku di negara lain seperti peperangan, pemogokan, tunjuk perasaan dan lain-lain. Kita dapat membandingkannya dengan negara kita. Dengan itu kita menjadi insaf dan sedar bahawa kita semua sangat beruntung kerana negara kita sentiasa aman dan tidak bergolak.
Selain daripada itu, (4) kita juga dapat mengetahui perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam bidang sains dan kita dapat mengetahui hasil ciptaan mereka, dan bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara. Pengetahuan ini mungkin berguna kepada kita. Mana-mana yang sesuai untuk kemajuan dan kesejahteraan negara kita bolehlah kita contohi dan pelajari.
(5) Sesebuah negara yang rakyatnya banyak membaca akan bangkit menjadi negara yang cepat maju, kerana daripada pembacaan itu mereka sentiasa dapat ilmu-ilmu baru. Dengan ilmu itu dapatlah mereka membuat perubahan ke arah kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang seperti pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan berbagai lagi. Negara akan beruntung jika mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan lagi progresif. Jadikanlah membaca sebagai suatu amalan hidup.
----------------------------------------------
2. Setelah mengumpulkan isi-isi penting, TUKARKAN AYAT TERSEBUT KEPADA AYAT/PERKATAAN KAMU SENDIRI. Jangan menyalin sepenuhnya (copy and paste) petikan asal penulis. Gunakan kata seerti/sinonim. Tukar beberapa perkataan sahaja pun okey. Contohnya:
(1) Membaca adalah satu amalan yang terpuji dan patut dijadikan amalan setiap orang.
- Perkataan 'amalan' --> tukarkan kepada 'tabiat' / 'kebiasaan'
- Contoh ayat : Membaca adalah satu tabiat yang terpuji dan patut dijadikan kebiasaan setiap individu.
--------------------------------------------
3. Selesai kamu menukarkan isi-isi tersebut ke dalam ayat kamu sendiri, TULIS RINGKASAN DENGAN FORMAT YANG BETUL (1 Perenggan sahaja).
Membaca adalah satu tabiat yang terpuji dan patut dijadikan kebiasaan setiap individu. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan membaca pelbagai bahan bacaan. Kita boleh mengetahui pencapaian dan peristiwa yang berlaku di serata tempat....
--------------------------------------------
4. Semak ejaan, tatabahasa dan tanda baca kamu. Pastikan kamu menulis jumlah patah perkataan di bahagian bawah ringkasan.
No comments:
Post a Comment